JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN
JPP NAIB JOHAN PERTANDINGAN KIK TERBUKA UUM
Kumpulan C-Team Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP) Universiti Utara Malaysia muncul Naib Johan sempena Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Terbuka UUM 2019 yang berlangsung di Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen UUM , hari ini.
C-Team yang dianggotai sepuluh ahli yang terdiri daripada kakitangan Unit Kejuruteraan Awam mencipta inovasi yang diberi nama ‘M-Cut’ atau Multipurpose Cutter iaitu alat bagi memudahkan kerja-kerja pemotongan bahan terutamanya bahan binaan seperti jubin, kayu dan sebagainya.
Ketua Kumpulan C-Team yang juga Ketua Penolong Jurutera, Prak Chum a/l Ee Lee berkata, kemenangan ini adalah berkat usaha dan kesungguhan semua ahli kumpulan yang tidak pernah jemu meneruskan projek walaupun sibuk dengan tugasan hakiki.
Kumpulan ini terdiri daripada lapan ahli lelaki dan dua ahli perempuan dan dikawal selia oleh fasilitator Hazlan bin Abdul Rahman. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 dan sijil penyertaan. Hadiah disampaikan oleh Prof. Dr. Sany Sanuri Mohd. Mokhtar, Pengarah Institut Pengurusan Kualiti, UUM. Hadir sama menyaksikan konvensyen tersebut, Pengarah JPP, Ir. Md. Uzairin Saidin dan pegawai.

PERKONGSIAN IDEA PEMBANGUNAN ANTARA JPP DAN UMT
22 Ogos 2019
Bahagian Pembangunan dan Harta, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengadakan sesi lawatan kerja ke Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP), Universiti Utara Malaysia (UUM).
Lawatan kerja yang julung kali ke JPP UUM itu disertai seramai 20 orang kakitangan Bahagian Pembangunan dan Harta, UMT dan pada hari lawatan, para delegasi diberikan taklimat umum tentang pembangunan di dalam UUM oleh Wakil Pengarah JPP, Darus bin Ahmad. Di antara projek pembangunan yang diberi tumpuan adalah sekitar pembangunan di UUM.
UMT dalam perkongsiannya berkata, tujuan lawatan kerja ini adalah untuk berkongsi maklumat dan idea berkaitan pembangunan infrastuktur yang boleh digunapakai di UMT. Para delegasi juga turut kagum dengan UUM kerana pembangunan telah dirancang dengan begitu teliti untuk faedah pelajar dan kakitangan.
Delegasi lawatan turut dibawa melawat sekitar kampus UUM antaranya taman rusa, kandang ostrich, dan padang golf.

10 Jenis Kerja Kecemasan Tanpa P.O Bawah RM 20,000.00 : Elektrik Terputus, Bumbung Bocor, Kerosakan Lif, Tandas Tersumbat Hawa Dingin, Tangki Air Bocor, Alat Pengajaran Rosak, Pokok Tumbang, Alatan Elektrik & Paip Pecah