KATA ALUAN PENGARAH
Selamat datang saya ucapkan ke laman web rasmi Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur (JPPI), Universiti Utara Malaysia (UUM). JPPI merupakan jabatan teknikal di UUM yang menjadi tulang belakang kepada salah sebuah universiti awam di Malaysia.
JPPI bertindak sebagai agensi utama dalam melaksanakan projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan di seluruh kampus UUM. Adalah menjadi matlamat kami untuk menjadi sebuah organisasi yang cekap dan berkesan bagi memenuhi visi, misi dan objektif dalam memenuhi keperluan Universiti.
Melalui laman web ini, JPPI akan cuba untuk memberikan maklumat berkaitan kepada pelawat. Kami amat berharap pelawat mendapat maklumat yang terkini berkaitan JPPI. Pihak JPPI amat mengalu-alukan sebarang maklum balas dan cadangan membina dalam menyediakan perkhidmatan kepada para pelanggan selaras dengan moto JPPI iaitu "Memenuhi Keperluan Anda".
Sekian, terima kasih.
LAr. NORANI BINTI ABU SEMAN
PENGARAH
JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN INFRASTRUKTUR
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
![Image](/images/2024/10/03/norani.png)