TENTANG KAMI
Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur (JPPI) atau nama dahulunya - Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP), Universiti Utara Malaysia (UUM) beroperasi pada peringkat awalnya sebagai Jawatankuasa Pembangunan yang ditubuhkan pada penghujung tahun 1983 hasil daripada rancangan penubuhan kampus sementara UUM (Kampus Darul Aman di Tanjung Pauh, Jitra Kedah).
Segala pengurusan hal ehwal pembangunan UUM pada masa itu adalah bertempat di sebuah pejabat sementara UUM yang dibuka di Bangunan UMNO Jitra sebelum berpindah ke kampus sementara pada 1984. Pada mulanya, JPP yang hanya terdiri daripada beberapa orang kakitangan mula menjalankan operasi dalam beberapa unit iaitu Unit Awam, Unit Elektrik, Unit Mekanikal, Unit Alam Datar dan Unit Pentadbiran. Pada September 1990, apabila UUM mula berpindah ke kampus tetap di Sintok, unit-unit di JPP kian bertambah secara berperingkat mengikut keperluan sehingga menjadi sepuluh (10) buah unit pada masa sekarang.
Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP) seterusnya dijenamakan semula sebagai Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur (JPPI) pada tahun 2024 terus memainkan peranan sebagai pemangkin kepada pembangunan Universiti Utara Malaysia. Jabatan ini bertanggungjawab dalam pembangunan dan penyenggaraan bangunan-bangunan akademik, dewan-dewan dan bilik-bilik kuliah, kolej-kolej kediaman pelajar, bangunan-bangunan pentadbiran dan lain-lain lagi serta menyediakan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan rekreasi dan pelancongan di sekitar kampus.