Unit Park & Recreation of UUM

26 Nov 2015

pnr

   
  • P&R akan menjadi salah satu Pusat Kecemerlangan Universiti yang boleh menjana pendapatan kepada Universiti secara kekal, selaras dengan perancangan   strategik ke-empat Universiti iaitu “Menjana Kekayaan”

  • Mengurus, menyenggara dan menggunakan kemudahan prasarana, landskap dan rekreasi secara berkesan serta menguntungkan

  • Merancang serta melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut bagi menghasilkan pendapatan

  • Menguruskan taman-taman untuk tujuan produksi/pengeluaran hasil-hasil pertanian dan ternakan seperti Taman Rusa, Taman Botani, Taman Hutan UUM,  Dusun Buah-buahan, Ladang Hutan bagi Pokok Teja dan Pokok Karas serta lain-lain hasil pengeluaran di UUM

  • Menjalin kerjasamadengan pelbagai pihak samada dalam dan luar Universiti secara “smart-partnership” meliputi aspek eko-pelancongan, latihan, perkhidmatan dan sebagainya bagi tujuan menjana pendapatan, tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility) serta memajukan masyarakat persekitaran dan industri pelancongan

  • Selaras dengan hasrat kerajaan melalui Dasar Teknologi Hijau Negara yang mahu memperkenalkan teknologi rendah karbon serta memastikan kelestarian kemajuan negara sambil memelihara persekitaran dan sumber-sumber semulajadi maka P&R mahu bergerak ke arah “Green-Business” yang berperanan di dalam meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia di samping dapat meningkatkan kualiti hidup serta menjana pendapatan Universiti melalui pendidikan dan kesedaran orang ramai terhadap program-program P&R

BIDANG & URUSAN

 
  • Urus tempahan majlis/ dewan/ tapak khemah
  • Tapak perkhemahan
  • Aktiviti kursus/ tentatif
  • Menjana Pendapatan Jabatan/ UUM
  • Urus Jamuan makan bagi tempahan



footerservingyoursneeds2016