FAQS

07 Dec 2015

 

APAKAH ITU JPP?

Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan.

BILAKAH JPP DIWUJUDKAN ?

Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP), Universiti Utara Malaysia (UUM) ditubuhkan pada penghujung tahun 1983 hasil daripada rancangan penubuhan kampus sementara UUM (Kampus Darul Aman) di Tanjung Pauh, Jitra Kedah.

DI MANAKAH LOKASI JPP?

 

Picture1

 

SIAPAKAH PENGARAH JPP?

Ir. Md. Uzairin bin Saidin

APAKAH TANGGUNGJAWAB JPP?

JPP bertanggungjawab dalam pembangunan dan penyenggaraan bangunan-bangunan akademik, dewan-dewan dan bilik-bilik kuliah, kolej-kolej kediaman pelajar, bangunan-bangunan pentadbiran dan lain-lain lagi serta menyediakan infrsatruktur dan kemudahan-kemudahan rekreasi dan pelancongan di UUM.

APAKAH MISI DAN VISI JPP KEPADA UNIVERSITI?

Misi JPP ialah untuk memudahkan dan memberi perkhidmatan kepada pemegang amanah dengan menggunakan kaedah yang terbaik melalui pengetahuan, komitmen, kemahiran dan integriti modal insan yang tinggi.

Visi JPP pula ialah untuk menjadi Peneraju di dalam Pengurusan Fasiliti.

BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MELIHAT SEBUT HARGA YANG DITAWARKAN JPP?

Notis sebut harga boleh dilihat malalui 2 cara :

     i.            secara online dan boleh dicapai melalui ruangan E-iklan di laman web JPP atau Klik di sini 

     ii.            notis juga dipamerkan secara manual di papan notis JPP.

APA JENIS SEBUTHARGA YANG TERDAPAT DI JPP?

Sebutharga melibatkan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja oleh JPP.

ADAKAH DOKUMEN PENTING YANG PERLU DIBAWA UNTUK MEMPEROLEHI DOKUMEN SEBUTHARGA?

Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut :
 
a)    Salinan asal pengesahan pemborong/pembekal iaitu sijil pendaftaran Pusat Khidmat Kontraktor.
 
b)    Kad pengenalan pemilik sijil.
 
c)    Sijil pendaftaran Kementerian Kewangan (jika perlu)
 
d)    Wakil syarikat perlu mengemukakan surat wakil yang dikeluarkan oleh syarikat masing-masing.

ADAKAH PERKARA LAIN YANG PERLU DIKETAHUI?

Notis dan dokumen sebutharga perlu diteliti kerana sesetengah daripadanya memerlukan lawatan tapak.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENYERTAI SEBUTHARGA INI?

Dokumen sebutharga boleh diperolehi daripada JPP dengan melakukan  bayaran di Jabatan Bendahari UUM pada kadar yang ditetapkan. Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebutharga di Jabatan Bendahari UUM sebelum tarikh tutup dalam sampul surat dan ditulis nombor rujukan sebutharga.

SIAPAKAH YANG PERLU SAYA HUBUNGI JIKA INGIN BERURUSAN DENGAN PIHAK JPP?

Jabatan Pembangunan & Penyenggaraan
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel: +604 928 2001   Faks : +604 928 2010
E-mel : jpp@uum.edu.my

footerservingyoursneeds2016