Bangunan Varsity Mall Sebagai Penanda Aras



Bangunan Varsity Mall Sebagai Penanda Aras

      
 

UUM ONINE: 28 September 2017 – Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP) telah menerima lawatan kerja dari Seksyen Projek Khas, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, Bahagian Pembangunan KPT baru-baru ini.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat khususnya berkaitan konsep dan rekaan Bangunan Varsity Mall serta model komersial yang boleh diimplementasi di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh. Delegasi seramai lapan orang yang diketuai oleh Puan Nor Rasidah Salleh turut dibawa meninjau fasiliti di Pusat Sukan dan melihat sendiri keindahan Pokok 3 Beradik UUM.  

Sesi lawatan ini dihadiri oleh Arkitek JPP, Puan Nur Syuhadathul Amin Abdul Aziz dan wakil dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Habis.                                                                             

                    

RAKAMAN UCAPAN RAYA JPP 2018



gambar raya 2018

      
 

UUM ONINE: 05 Jun 2018 – Gabungan staf dari pelbagai unit di JPP telah memeriahkan sesi rakaman Ucapan Raya 2018 pada kali ini. Namun ada wakil Unit yang tidak terpilih disebabkan oleh kekangan ruang di Studio Unifilm. Namun begitu staf yang terlibat adalah mewakili warga JPP secara keseluruhannya. Tahniah semua di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Nantikan rakaman penuh dalam masa terdekat

Habis.                                                                             

                    

CERAMAH RAMADHAN AL-MUBARAK



ceramah 2018

      
 

UUM ONINE: 05 Jun 2018 – Sempena Bulan Ramadhan tahun ini, Kelab Kebajikan JPP telah menganjurkan Ceramah Ramadhan bertajuk Mengharap Ganjaran Ramadhan yang diberikan oleh Dr Mohd Nizho Abdul Rahman. Majlis dihadiri oleh staf JPP dan pegawai utama JPP. Setinggi- tinggi tahniah kepada AJK Kelab Kebajikan JPP

Habis.                                                                             

                    

UUM Terima Lawatan Pegawai Penilai SWCorp



UUM Terima Lawatan Pegawai Penilai SWCorp

      
 

UUM ONINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima lawatan daripada pegawai penilai Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) baru-baru ini.

Lawatan bertujuan membuat penilaian Amalan Kampus Lestari di UUM sempena pelaksanaan program "Konvensyen Kelestarian Kampus Hijau' oleh SWCorp pada 25 Mei ini di Universiti Putra Malaysia.

Antara pengisian program konvensyen tersebut adalah Pengiktirafan Kelestarian Kampus Hijau kepada Universiti Awam dan Anugerah Kursi Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang akan disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara YBhg Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Lawatan seramai tiga orang itu diketuai, Timbalan Pengarah (Pengurusan) SWCorp Negeri Kedah, Azhana Che Ghazali, Koh Hamada dan Zari Hamdi Hj Hashim dari Team 3R SWCorp Negeri Kedah.

Sebelum sesi penilaian, delegasi tersebut telah diberi taklimat mengenai amalan kampus lestari di UUM oleh Ahmad Takhirudin Haji Ismail, mewakili Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP) di Bilik Mesyuarat Utama, JPP.

Taklimat itu turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof Dr Noor Azizi Ismail, pegawai-pegawai dari JPP, Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM).

HABIS.
                                                                                   (Sumber Berita : E-mel Hebahan Unit Komunikasi Korporat)

                    

footerservingyoursneeds2016