Piagam Pelanggan

26 Nov 2015

Kami Warga JPP Dengan Penuh Tekad dan Iltizam Berikrar Dan Berjanji Akan Mengembeleng Seluruh Tenaga Dan  Usaha Kami Bagi Menjalankan Perkhidmatan Secara Profesional, Cemerlang Dan Berkualiti Melalui:

1.

 
Memastikan semua aduan kerosakan yang diterima diambil tindakan mengikut KPI yang ditetapkan;

 2.

 
Memastikan kerja-kerja dalam kategori kecemasan diambil tindakan dalam tempoh 24 jam setelah aduan diterima;

 3.


 
Memastikan semua pembayaran kepada pembekal dan kontraktor akan dibuat tidak lebih 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap;

 4.





 
Merancang projek-projek baru/ubahsuai sekurang-kurangnya 6 bulan dan merekabentuk projek-projek baru/ubahsuai boleh disiapkan bagi:
   a) Projek Besar (Bajet: Melebihi RM5j)      – 6 bulan
   b) Projek Sederhana (Bajet: RM1j – RM5j) – 3 bulan
   c) Projek Kecil (Bajet: Kurang RM500K)     – 1 bulan

 5.








 

 
Menyediakan spesifikasi tender sesuai dengan peruntukan yang disediakan dan menyediakan dokumen tender dalam jangkamasa seperti berikut:
   a) Projek Besar        – 3 bulan
   b) Projek Sederhana – 2 bulan
   c) Projek Kecil          – 1 minggu

Serta menyiapkan penilaian tender dalam jangka masa seperti berikut:
   a) Projek Besar        – 3 minggu
   b) Projek Sederhana – 2 minggu
   c) Projek Kecil          – 1 minggu

 6.


 
Memastikan urusan perkhidmatan pencucian bangunan, pembersihan longkang dan pemotongan rumput dijalankan mengikut KPI yang ditetapkan dan memenuhi kehendak pelanggan;

 7.

 
Memastikan urusan perkhidmatan sisa pepejal dilupuskan ke tapak pelupusan dalam tempoh 24 jam;

 8.


 
Memastikan penyelengggaraan landskap kampus taman-taman dan sempadan serta jalan ronda dalam keadaan kemas, bersih dan selamat mengikut KPI yang ditetapkan;

 9.
 
Memastikan perkhidmatan logistik dan hiasan majlis disiapkan sehari sebelum majlis dan memenuhi kehendak pelanggan;

 

 

footerservingyoursneeds2016