Program CSR Merdeka Di SMK Bandar Baru Sintok

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

14 Ogos 2018 – Bersempena dengan Bulan Kemerdekaan Malaysia, Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan telah menganjurkan Program CSR Merdeka yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok. Program yang julung kali dianjurkan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pihak sekolah khususnya guru dan pelajar.

Di antara tujuan penganjuran program ini adalah untuk menyumbang kepakaran, idea dan tenaga kerja yang dimiliki oleh JPP dan seterusnya dapat merapatkan lagi hubungan serta kerjasama JPP khususnya dan UUM amnya bersama komuniti setempat. Penganjuran pada kali ini amat bermakna apabila ianya diadakan di dalam bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-61.

Menurut Tuan Haji Mohd Amir Bin Abdul Hamid, Pengetua SMK Bandar Baru Sintok, beliau amat berterima kasih dan berbesar hati di atas kesudian JPP untuk bekerjasama dengan pihak sekolah bagi menjayakan program CSR ini. Beliau amat berharap agar sumbangan kepakaran dan tenaga kerja ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Di antara skop kerja yang dibantu oleh JPP adalah seperti menyenggara PA sistem, membaiki lampu jalan, kerusi dan meja pelajar, membaikpulih wakaf, memasang kipas di surau, membaiki penghawa dingin di Bilik Guru, mengecat dinding sekolah, membaiki paip air serta membaikpulih pagar sekolah yang rosak.

Pada program tersebut, JPP telah menghantar seramai 30 orang wakil dari pelbagai Unit di JPP seperti dari Unit Kejuruteraan Awam, Elektrik, Elektronik, Mekanikal dan PLP. Pihak sekolah juga turut melibatkan pelajar-pelajar dari Tingkatan Satu, Dua dan Empat bagi bersama-sama menjayakan program pada kelmarin.

Turut hadir adalah Encik Ismadi Bin Yaacob mewakili Pengarah JPP dan pegawai-pegawai JPP.