JPP Merdeka Hiking

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

09 Ogos 2018 – Seramai 150 orang staf dari Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP) telah bersama-sama mendaki Bukit Bunga Raya yang terletak di hadapan Kampus UUM Sintok. Program dimulakan dengan senaman ringan di hadapan Foyer Bangunan JPP walaupun hujan turun membasahi bumi Sintok. Aktiviti turut dimeriahkan dengan kibaran 61 batang bendera Malaysia di sepanjang pendakian bagi melambangkan kemerdekaan Malaysia yang ke-61.

Di antara objektif utama penganjuran program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dan semangat dikalangan staf JPP disamping mengekalkan kekuatan stamina ke arah gaya hidup sihat.

Pendakian selama 25 minit itu turut disertai oleh Pengarah dan pegawai-pegawai JPP.