Bangunan Varsity Mall Sebagai Penanda Aras

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

28 September 2017 – Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP) telah menerima lawatan kerja dari Seksyen Projek Khas, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, Bahagian Pembangunan KPT baru-baru ini.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat khususnya berkaitan konsep dan rekaan Bangunan Varsity Mall serta model komersial yang boleh diimplementasi di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh. Delegasi seramai lapan orang yang diketuai oleh Puan Nor Rasidah Salleh turut dibawa meninjau fasiliti di Pusat Sukan dan melihat sendiri keindahan Pokok 3 Beradik UUM.  

Sesi lawatan ini dihadiri oleh Arkitek JPP, Puan Nur Syuhadathul Amin Abdul Aziz dan wakil dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Habis.