UUM Terima Lawatan Pegawai Penilai SWCorp

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

5 Jun 2018 -Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima lawatan daripada pegawai penilai Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) baru-baru ini.

Lawatan bertujuan membuat penilaian Amalan Kampus Lestari di UUM sempena pelaksanaan program "Konvensyen Kelestarian Kampus Hijau' oleh SWCorp pada 25 Mei ini di Universiti Putra Malaysia.

Antara pengisian program konvensyen tersebut adalah Pengiktirafan Kelestarian Kampus Hijau kepada Universiti Awam dan Anugerah Kursi Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang akan disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara YBhg Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Lawatan seramai tiga orang itu diketuai, Timbalan Pengarah (Pengurusan) SWCorp Negeri Kedah, Azhana Che Ghazali, Koh Hamada dan Zari Hamdi Hj Hashim dari Team 3R SWCorp Negeri Kedah.

Sebelum sesi penilaian, delegasi tersebut telah diberi taklimat mengenai amalan kampus lestari di UUM oleh Ahmad Takhirudin Haji Ismail, mewakili Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP) di Bilik Mesyuarat Utama, JPP.

Taklimat itu turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof Dr Noor Azizi Ismail, pegawai-pegawai dari JPP, Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM).
HABIS.

(Sumber Berita : E-mel Hebahan Unit Komunikasi Korporat)