Lawatan Penanda Aras JPPH UNIMAP

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

06 Ogos 2018 – Seramai 8 orang wakil dari Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Harta (JPPH) Universiti Malaysia Perlis telah mengunjungi Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP) yang bertujuan untuk bertukar pandangan dan idea berkaitan kaedah penyeliaan landskap, pemantauan cucian bangunan dan penyenggaraan STP di UUM.

Encik Shahril Mukhriz bin Sulaiman, Jurutera Awam Kanan (JPPH) telah menyatakan keterujaan beliau terhadap keindahan kampus UUM yang meliputi kehijauan flora dan kepelbagaian fauna. Delegasi telah dibawa untuk melawat sekitar kampus termasuk padang golf baru, kandang rusa, Dewan Mu’adzam Shah, Varsity Mall dan Restoran Tasik.

Lawatan turut disertai oleh Jurukur Bahan Kanan JPP, Encik Mohd Suhaili bin Rejab dan pegawai-pegawai JPP.