Cara-Cara Permohonan Latihan Praktikum

25 Jan 2016
  1. Setiap permohonan untuk menjalankan latihan praktikum di JPP hendaklah dibuat melalui  Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing beserta dokumen-dokumen berikut :

      a) Borang Permohonan
      b) Resume Berserta Gambar

  2. Permohonan yang dikemukakan hendaklah dibuat dua (2) bulan sebelum tarikh praktikum dan sebarang permohonan yang melepasi tempoh tersebut akan ditolak.
     
  3. Untuk permohonan yang layak, JPP akan menghantar surat kelulusan latihan praktikum kepada IPT terlibat.
     
  4. Pelajar praktikum akan ditempatkan di unit-unit mengikut bidang khusus yang diambil dan setiap unit akan hanya dibenarkan menerima dua (2) orang pelajar sahaja dalam satu tempoh praktikum.

footerservingyoursneeds2016