Peraturan & Syarat-Syarat Permohonan Pelajar Praktikum

25 Jan 2016

LAPOR DIRI

  • Pelajar perlu melapor diri di Unit Pentadbiran dan Kewangan pada jam 8.00 pagi pada tarikh yang telah ditetapkan.
  • Pelajar juga dikehendaki membawa surat tawaran yang telah ditandatangani (surat jawapan penerimaan) oleh JPP semasa melapor diri.
  • Pelajar juga perlu mengisi Borang Maklumat Akaun beserta dengan Maklumat Akaun masing-masing dan diserahkan semula kepada Pembantu Tadbir (P/O).

KEHADIRAN KE PEJABAT

  • Pelajar yang menjalani praktikum di JPP tidak dibenarkan datang lewat ke pejabat iaitu melebihi jam 8.00 pagi, melainkan atas urusan yang tidak boleh dielakkan.

WAKTU MENJALANI LATIHAN PRAKTIKUM

  • Waktu untuk pelajar menjalani latihan sama dengan waktu urusan pejabat iaitu diantara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang untuk hari Ahad hingga Rabu.
  • Untuk hari Khamis pelajar perlu menjalani latihan di antara pukul jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang.
  • Pelajar dibenarkan rehat di antara pukul 1.00 hingga jam 2.00 petang seperti yang telah ditetapkan.

KAD PERAKAM WAKTU

  • Pelajar perlu menggunakan kad perakam waktu yang telah diberikan semasa melapor diri.
  • Kad perakam waktu perlu diserahkan kembali kepada Pembantu Tadbir (P/O) di Unit Pentadbiran dan Kewangan setiap awal bulan berikutnya.

TIDAK DAPAT HADIR MENJALANI LATIHAN PRAKTIKUM

  • Pelajar dikehendaki hadir pada setiap masa waktu bekerja kecuali tidak dapat berbuat demikian disebabkan sakit, kemalangan atau sebab lain yang tidak dapat dielakkan. Pelajar perlu memaklumkan kepada Pegawai Penyelia masing-masing.

PENGINAPAN DAN PENGANGKUTAN

  • Urusan penginapan dan pengangkutan semasa tempoh menjalani latihan praktikum adalah dibawa tanggungjawab pelajar sendiri. Pihak JPP tidak menyediakan kemudahan tersebut.

ARAHAN JPP DAN PEGAWAI PENYELIA

  • Pelajar perlu menumpukan sepenuh masa, perhatian, tenaga dan keupayaan semasa menjalani latihan praktikum.
  • Pelajar adalah diwajibkan untuk mematuhi segala arahan yang dikeluarkan segala arahan yang telah dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak JPP dan bersedia mematuhi prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan.
  • Pelajar perlu menyiapkan segala tugasan yang dipertanggungjawabkan oleh Pegawai Penyelia masing-masing dengan sempurna.

KEMUDAHAN PEJABAT

  • Pelajar yang sedang menjalani praktikum di JPP tidak dibenarkan menyalahgunakan kemudahan pejabat tanpa kebenaran dari Pegawai Penyelia dan kakitangan JPP melainkan atas arahan yang diberikan.

PAKAIAN

Pelajar yang menjalani praktikum di JPP perlu mengikuti etika pakaian yang telah ditetapkan oleh JPP iaitu seperti berikut:

1.   Bagi pelajar lelaki perlu berambut pendek dan kemas.        
2.   Berpakaian yang tidak ketat dan menutup aurat.        
3.   Memakai kasut yang bersesuaian (kasut bertutup).

footerservingyoursneeds2016